You miss 100 percent of the shots you do not take

By: bugbites and co

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Saturday, 1-Sep-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
birthday

happy happy birthday!
after cik pipah datang wangsa maju dan dgn jayanya menghabiskan beberapa round nasi briyani, we went out for coffee and the usual hours of gossiping.

so cik pipah, happy belated birthday.

remember, make yourself happy and happiness will lead the way.

*hugs*


The gossiping port : The Apartment @ The Curve


cute cuppacakes : vanilla and orange chocolate flavour


we also ordered banana crepes


Wednesday, 29-Aug-2007 06:08 Email | Share | | Bookmark
EC 3- Pekan Pahang

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
Masjid ini mempunyai senibina dari Morroco. Masjid Abdullah merupakan Masjid ketiga tertua di Pahang, yang didirikan pada tahun 1929 dan siap pada tahun 1930 di Kuala Sungai Parit, Pekan. Selain sebagai monumen lama, Masjid ini juga mempunyai kisah dan kesan sejarah yang menarik untuk dihayati generasi akan datang.

Menurut sejarah lisan, Masjid Abdullah dibina oleh tukang-tukang tempatan dengan menggunakan campuran putih telur dengan sedikit pasir. Proses ini dipercayai boleh mengukuhkan struktur bianaan bangunan yang sama dengan Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bharu. Kubah asal masjid ini agak kecil dan dibina daripada campuran tanah, kemudian ia diperbesarkan dengan menggunakan putih telur dan pasir. Bahagian lain bengunan diperbuat daripada kayu.

Batu nisan yang terdapat di tepi Masjid Abdullah, dipercayai kubur cucu Tok Gajah, yang mati lemas di Sungai Parit depan masjid itu. Mengikut tradisis orang melayu, orang yang mati dikebumikan di tempat tragedi.

Sebaik Masjid Sultan Ahmad Shah siap dan digunakan pada tahun 1976, Masjid Abdullah tidak digunakan dan terbiar untuk beberapa ketika. Pada tahun 1985, Majlis Agama Islam Pahang memberi cadangan untuk menjadikan masjid itu sebagai Pusat Dakwah Islamiah dan Perpustakaan Islam tetapi matlamat itu tidak tercapai kerana masalah kewangan. Sungguhpun begitu, Pada tahun 1987 Yayasan Pahang memperuntukkan pengubahsuaian bangunan. Pada 25 Oktober 1988, masjid ini dijadikan Pusat Dakwah Islamiah Masjid Sultan Abdullah.

Fungsi Pusat Dakwah Islamiah Masjid Sultan Abdullah adalah sebagai perpustakaan awam Islam untuk orang ramai, kelas Fardhu Ain untuk pelajar dan pekerja di Pekan, kelas Al-Quran dan Tajwid serta makmal bahasa inggeris. Keseluruhan aktiviti di pusat ini hanya bertahan selama lapan tahun sahaja sehingga tahun 1994 kerana masalah kerosakan dan penyelenggaran. Usaha Lembaga Muzium Negeri Pahang untuk menggezetkan Masjid Abdullah sebagai Muzium Islam Negeri Pahang akan dapat menyingkap sejarah syiar Islam di Bandar Pekan pada masa lalu di samping usaha menambahkan lagi tempat-tempat bersejarah untuk dilawati.

source :muziumpahang.com.my




Tuesday, 28-Aug-2007 00:00 Email | Share | | Bookmark
EC - Pekan Pahang

 
 
 
View all 6 photos...
Watercraft Gallery
Pekan, Pahang

The Watercraft Gallery building is located across the road from the State Museum, on Pulau Beram. As a state with 208 km of land facing the South China Sea and the longest river (Pahang River) in Peninsula Malaysia, water transport played an important role in the past social and economic development of Pahang.

Historically, the rivers of Pahang, Kuantan, Bebar, Rompin, Endau, Tembeling, Jelai, Semantan and other river tributaries were used as the main transportation system for travels between villages and districts in Pahang and also to other states in Peninsula Malaysia. Small boats called perahu jalak were used to carry both cargoes and passengers then.

This is because, before the advent of the bicycles and motorized vehicles, only watercrafts which used raw human power to row and peddle, sailboats and later steamboats were used to move around and transport goods between the villages and towns along the coast and river banks upstream.


This unique gallery depicts the various designs and types of water crafts used by the population in Pahang in the past. We can see various types, designs and sizes of perahus (boats), koleks, sampans, and other water crafts. Original perahus or sampans made from the bark of trees and those carved out from big logs and tree trunks like the Perahu Tembeling, are displayed.

There is also a small model of a local fisherman’s traditional wooden house displayed. Like some traditional Malay house, the houses of the fishermen along the coasts are built on stilts. Visitors will observe that no nails are used in the construction of the house, but instead bamboo floors and rattan strings are used in constructing it. Although it looks flimsy, it is actually very strong and durable.

source : pahang-delights.com














Monday, 27-Aug-2007 15:54 Email | Share | | Bookmark
EC 1 - Pekan, Pahang

 
 
 
View all 6 photos...
Pusat Tenun Songket
Pulau Keladi, Pekan, Pahang















WARISAN TENUNAN PAHANG

Tenunan Pahang dipercayai berasal dari Tanah Bugis dan dibawa ke Pahang pada abad ke-17 oleh Bangsawan Bugis yang bernama Keraing Aji atau lebih dikenali sebagai Tok Tuan. Beliau adalah pelopor dalam memperkenalkan corak baru untuk sarong dan kain samping di Pahang. Corak yang diperkenalkan adalah corak jalur dan corak berkotak. Sutera pada masa itu dibawa masuk dari Sulawesi, Acheh dan Riau.

Hasil kerja Tok Tuan turut mendapat perhatian seorang penulis Inggeris Dr. Linehenden Nerbold yang menyebut hasil kerja Tok Tuan dalam penulisannya. Ramai kaum wanita di Pekan mula mempelajari seni tenunan dengan corak yang diperkenalkan.

Pada masa itu juga, seni tenunan telah mendapat sokongan pihak istana apabila Tengku Ampuan Mariam, isteri Sultan Pahang, Sultan Mahmud yang banyak memberi galakan untuk wanita mempelajari seni tenunan. Kaum wanita mula menenun setelah menyiapkan kerja harian mereka.

Hari ini, Tengku Puan Pahang meneruskan usaha untuk mengembalikan warisan Tenun Pahang dan berusaha meletakkannya di persada busana antarabangsa. Setiap fabrik yang membawa logo Tenun Pahang Diraja menjanjikan kualiti yang tinggi dan hasil kerja yang cemerlang.

PUSAT TENUNAN SUTERA

Pusat Tenunan Sutera merupakan sebuah kompleks yang mempunyai empat blok rumah kayu yang menempatkan pusat latihan, dua buah kedai fabrik tenunan dan dewan pameran.

Kumpulan pertama ke pusat ini terdiri daripada 10 orang pelajar yang memulakan program latihan tenunan pada bulan Julai lepas. Mereka datang dari kampung-kampung di sekitar daerah Pekan.

Kelas dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dan mereka diajar dalam semua aspek menenun sutera. Di pusat latihan ini terdapat tujuh buah mesin tenunan dan tiga buah mesin melerai benang serta tab besar untuk mewarnakan benang.

source: bernama


Wednesday, 22-Aug-2007 06:25 Email | Share | | Bookmark
wood shop

 
 
 
View all 6 photos...














[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net