You miss 100 percent of the shots you do not take

By: bugbites and co

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 26-Jul-2006 00:38 Email | Share | Bookmark
kg. baru masih belum terpinggir

pemandangan biasa dr kg. baru
Quote:
Suka atau tidak, seluruh warga Kampung Baru sebenarnya harus menerima bahawa mereka perlu berubah mengikut arus semasa yang berkembang terlalu pesat.

Kampung Baru perlu membangun sebagai penempatan Melayu moden yang bermartabat tinggi di ibu negara selaras dengan perkembangan pesat Kuala Lumpur itu sendiri.

Sebagai satu-satu kawasan rizab Melayu yang kontroversial serta menjadi tajuk perbincangan dalam setiap konvensyen mengenai tanah rizab, Kampung Baru wajar menjadi contoh terbaik.

Malangnya Kampung Baru yang dari segi komersialnya ibarat emas, kini seolah-olah menjadi simbol peminggiran orang Melayu dalam arus pemodenan di sekelilingnya.

Ia juga simbol terhimpitnya orang Melayu dalam menghadapi asakan-asakan kemajuan negara.

Ketika jirannya seperti Jalan Ampang, Jalan Tun Razak, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan dan Jalan Semarak menjadi semakin maju, imej Kampung Baru tetap begitu sahaja sejak sekian lama.

Sebenarnya, selain masalah tanah, Kampung Baru menghadapi hambatan daripada sikap penduduknya yang enggan menghadapi perubahan walaupun untuk kebaikan.

Oleh sebab imej sedemikian rupa, media asing sering menyiarkan gambar sudut-sudut buruk Kampung Baru di celah kepesatan kota raya berlatar belakang Menara Berkembar Petronas.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah berkata: ``Inikah kampung Melayu yang hendak kita tunjukkan kepada pelancong asing?''

Beliau menambah, ``Saya berasa malu kerana di tengah-tengah kota Kuala Lumpur ini ada Kampung Baru dan pelancong yang datang dibawa ke situ untuk melihat kampung Melayu yang begitu daif, kadang-kadang kotor, rumahnya robek, lama dan jalannya tidak elok.

``Sekiranya semua orang Melayu mempunyai ekonomi yang kukuh, mereka tidak perlu kepada Kampung Baru. Ia bukan satu simbol kemuliaan sebaliknya satu simbol yang menghinakan.''

Kata-kata negarawan ulung ini mungkin memedihkan tetapi ia satu hakikat. Daripada dulu sampai sekarang, telah banyak cadangan dikemukakan untuk memajukan Kampung Baru. - sumber dari utusan malaysia



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net